AEON Bank Bantu Ringankan Kekangan Bajet Musim Perayaan Melalui Pembiayaan Peribadi-i

KUALA LUMPUR, MALAYSIA – Media OutReach Newswire – 24 Disember 2025 – Menjelang musim cuti hujung tahun, sesi persekolahan baharu dan perayaan berganda tahun hadapan, ramai rakyat Malaysia mungkin berhadapan dengan komitmen kewangan yang agak mencabar. Demi membantu meringankan tekanan kewangan tersebut, AEON Bank (M) Berhad, bank digital Islamik pertama di Malaysia tampil menawarkan penyelesaian pembiayaan yang mudah diakses menerusi Pembiayaan Peribadi-i (PF-i).

KV

Bermula Disember 2025 hingga Mac 2026, tempoh tersebut merangkumi pelbagai keperluan perbelanjaan yang berlaku serentak, lantas memerlukan fleksibiliti tunai tambahan. Justeru itu, AEON Bank menawarkan penyelesaian dalam bentuk Pembiayaan Peribadi-i (PF-i) yang direka khas untuk membantu para pelanggan meredakan kekangan bajet dengan bantuan kewangan yang beretika, mudah dan tanpa proses yang rumit, malah boleh diakses melalui aplikasi perbankan digital.

Berlandaskan pendekatan Risk-Based Pricing, RBP (Penetapan Harga Berasaskan Risiko), kadar keuntungan PF-i ditentukan secara kompetitif dan disesuaikan mengikut profil kewangan pelanggan. AEON Bank juga turut memastikan para pelanggan boleh memohon PF-i secara dalam talian, asalkan mereka warganegara Malaysia berusia 18 hingga 55 tahun, dengan pendapatan kasar bulanan minimum RM2,500, sama ada mereka merupakan pekerja bergaji, bekerja sendiri, mahupun pekerja ekonomi gig.

PF-i merupakan fasiliti kewangan patuh Syariah, dengan amaun pembiayaan antara RM1,000 hingga RM100,000 dan tempoh pembayaran balik yang fleksibel antara 3 hingga 84 bulan, lantaran membolehkan pengurusan kewangan yang lebih terancang berdasarkan kemampuan pelanggan. Kadar Keuntungan Rata bermula pada kadar serendah 3.88% setahun, dengan Fi Wakalah nominal RM1 apabila penerimaan pembiayaan disahkan.

Keseluruhan proses, bermula dari permohonan sehingga kelulusan dana berlaku dengan mudah dan selamat menerusi aplikasi AEON Bank, tanpa perlu hadir ke cawangan atau mengemukakan dokumen fizikal. Untuk memohon PF-i, pelanggan hanya perlu mengikuti langkah berikut :

Langkah 1 : Pra-syarat Akaun Simpanan-i yang aktif

Muat turun aplikasi AEON Bank dan aktifkan Akaun Simpanan-i sebagai prasyarat sebelum membuat permohonan PF-i.

Langkah 2 : Semakan kelayakan dan maklumat pekerjaan

Pemohon wajib merupakan warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan kasar bulanan minimum RM2,500, sama ada sebagai pekerja bergaji, bekerja sendiri atau pekerja gig.

Langkah 3 : Pilih jumlah dan tempoh pembiayaan

Pilih jumlah pembiayaan antara RM1,000 hingga RM100,000 serta tempoh pembayaran balik yang fleksibel antara 3 hingga 24 bulan.

Langkah 4 : Muat naik dokumen sokongan

Muat naik penyata KWSP terkini yang menunjukkan caruman enam bulan berturut-turut (bagi pekerja bergaji) atau penyata bank enam bulan berturut-turut terkini (bagi individu bekerja sendiri atau pekerja gig).

Langkah 5 : Kelulusan dan pengkreditan dana

Permohonan akan diproses serta-merta dan setelah diluluskan, dana akan dikreditkan terus ke dalam Akaun Simpanan-i AEON Bank pemohon. Bayaran balik akan dibuat secara automatik melalui potongan debit bulanan.

PF-i membolehkan rakyat Malaysia mengakses kemudahan pembiayaan yang beretika dan patuh Syariah demi membantu memenuhi pelbagai keperluan, sama ada untuk sokongan kewangan kecemasan, kekangan bajet keluarga, pengubahsuaian kecil, pembaikan kenderaan atau bantuan kewangan untuk menampung jurang aliran tunai sementara.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pembiayaan Peribadi-i (PF-i), termasuk terma dan syarat penuh, klik pada pautan ini untuk layari laman web AEON Bank atau imbas Kod QR untuk memuat turun aplikasi AEON Bank: https://www.aeonbank.com.my/api/qr-handler

Hashtag: #AEONBank #DigitalBanking #IslamicDigitalBank #ShariahCompliant #FinancialInclusion #IslamicFintech #PersonalFinancing

https://www.aeonbank.com.my/

https://www.linkedin.com/company/aeonbankmy/?viewAsMember=true

https://x.com/aeonbankmy

https://www.facebook.com/aeonbankmalaysia

https://www.instagram.com/aeonbankmy

The issuer is solely responsible for the content of this announcement.

MENGENAI AEON BANK (M) BERHAD

AEON Bank (M) Berhad merupakan bank digital Islamik pertama di Malaysia yang dilesenkan dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan. Ia telah dilancarkan secara rasmi pada 26 Mei 2024, dan kini menawarkan pelbagai produk dan servis patuh Syariah untuk Perbankan Peribadi dan Perbankan Perniagaan (AEON Bank Biz).

Perkhidmatan dan produk Perbankan Peribadi kami boleh diakses 100% secara dalam talian melalui AEON Bank app, antaranya Akaun Simpanan-i, AEON Bank x Visa Debit Card-i, Pembiayaan Peribadi-i, Deposit Bertempoh-i, Savings Pot, DuitNow QR, pembayaran bil utiliti, pengurusan kewangan peribadi dan fungsian bajet dengan Neko Sensei, serta pelbagai servis bayaran digital dengan kerjasama rakan niaga strategik, di samping Neko Missions – program ganjaran interaktif perbankan digital yang pertama di Malaysia.

Pada 8 Ogos 2025, AEON Bank Biz diperkenalkan dengan fungsian utama seperti Akaun Semasa Bisnes-i dan keupayaan pengurusan tunai bersepadu. Dalam fasa awal, pendaftaran difokuskan untuk rangkaian vendor AEON Credit Services Malaysia (ACSM) dan para pembekal yang beroperasi dalam ekosistem AEON. Pendekatan bersasar tersebut bertujuan untuk mewujudkan rantaian nilai bersepadu yang menghubungkan ekosistem runcit dan kewangan AEON, lantas menggalakkan pertumbuhan strategik dan keterangkuman yang lebih dinamik. Dalam masa terdekat, AEON Bank Biz bakal mengalu-alukan lebih banyak usahawan dan pelbagai bentuk perniagaan di Malaysia untuk mengoptimumkan produk dan servis perbankan digital patuh Syariah. Komited dalam menyokong segmen perniagaan, AEON Bank Biz mampu menyelaraskan proses yang biasanya rumit seperti pembukaan akaun, semakan kredit dan perkhidmatan kewangan dengan mengoptimumkan perincian teknologi kewangan kecerdasan buatan (AI). Ini membolehkan prosedur perbankan yang lebih ringkas, kelulusan pantas dan pengalaman pengguna yang lebih lancar bagi pemilik perniagaan dan usahawan.

Sebagai sebahagian daripada konglomerat AEON Group, AEON Bank (M) Berhad merupakan pegangan saksama AEON Financial Service Co. Ltd. (AFS Japan) dan AEON Credit Service (M) Berhad (ACSM). AFS Japan merupakan kumpulan kewangan yang komprehensif dengan akar umbi dalam sektor peruncitan yang telah lama beroperasi di negara Jepun, serta 10 negara di rantau Asia, dan ia bertanggungjawab terhadap perniagaan perkhidmatan kewangan kumpulan AEON (AEON Group). Manakala, Kumpulan AEON merupakan syarikat induk tulen yang meliputi lapan segmen perniagaan utama.

Kumpulan AEON Malaysia terdiri daripada beberapa entiti terkemuka iaitu, AEON Co. (M) Bhd, AEON BiG (M) Sdn Bhd, AEON Fantasy (M) Sdn Bhd, AEON Credit Service (M) Berhad, AEON TopValu (M) Sdn Bhd, AEON Global Supply Chain Sdn Bhd, AEON Delight (M) Sdn Bhd dan Yayasan AEON Malaysia.

AEON Group adalah jenama isi rumah yang dikenali di Malaysia, dengan sejarah selama lebih empat dekad di Malaysia serta lebih 200 tahun di negara Jepun, dan kini menawarkan perkhidmatan kewangan dan pelbagai kemudahan peruncitan kepada para pelanggan.

Dengan ketangkasan infrastruktur natif awan (cloud native) dan pandangan berpacukan kecerdasan buatan (AI), digabungkan dengan DNA Syariah, di samping akar umbi Malaysia dan warisan Jepun, ini adalah faktor pembezaan kami. Manakala integrasi dengan ekosistem AEON memberikan kami kelebihan daya saing sebagai satu-satunya bank di Malaysia yang mempunyai rangkaian runcit yang tersendiri di seluruh negara. Program kesetiaan AEON Points memberikan para pelanggan manfaat tambah nilai dan ganjaran yang bermakna kerana Mata Ganjaran AEON boleh ditebus menjadi pulangan tunai yang dikreditkan terus ke dalam Akaun Simpanan-i AEON Bank mereka.

AEON Bank amat komited dalam menyediakan perkhidmatan kewangan yang mudah diakses, demi memperkasakan komuniti dalam mengejar aspirasi kewangan mereka untuk mencapai ketidakbersandaran ekonomi, serta memangkin masa depan kewangan yang lebih inklusif untuk semua. Kami akan terus berusaha menyumbang ke arah pembangunan industri perbankan Islamik di rantau ini dan pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia.

Categories: US & World News